JOM TENGOK!!!!!

Salam Ukhuwah untuk semua yang melawat blog ini...Moga paparan yang ada dapat memberikan input serta perkongsian ide dan ilmu dalam melayari hari-hari mendatang. Dipaparkan juga pelbagai aktiviti juga acara SKTK. Adanya blog ini dapat merapatkan ukhuwwah antara kita..............

1 Hari di Hari Guru

Thursday 11 August 2011

RAMADHAN MENGAMIT KEMBALI

Pejam celik pejam celik Ramadhan hadir kembali membawa seribu rahmat. Rasanya baru semalam berlaku, kini kembali lagi..Alhamdulillah syukur pada Ilahi semoga ibadah dan tasbih cinta kepada Allah, dapat dianyam dengan lebih mendalam seiring dengan meningkatkannya usia..
    Bersyukur pada Ialhi, hadirnya Ramadhan memberi peluang kita menghirup rahmat di bulan ini. Kita sepatutnya menadah tangan tanda bersyukur kerana kita terpilih untuk menyempurnakan amalan ibadah ini. Alhamdulillah.
    Gunakan peluang yang ada ini, untuk mengumpul pahala dan melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh.
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

No comments:

Post a Comment