JOM TENGOK!!!!!

Salam Ukhuwah untuk semua yang melawat blog ini...Moga paparan yang ada dapat memberikan input serta perkongsian ide dan ilmu dalam melayari hari-hari mendatang. Dipaparkan juga pelbagai aktiviti juga acara SKTK. Adanya blog ini dapat merapatkan ukhuwwah antara kita..............

1 Hari di Hari Guru

HISTORY of SKTK

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS, AMPANG


Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang telah ditubuhkan pada 15 Jun 1992. Perkataan "KOSAS" diambil sempena nama pemaju yang membangunkan kawasan ini iaitu 'Koperasi Anak-anak Selangor'.

   Terletak di kawasan seluas 3 ekar, sekolah ini didirikan di tengah-tengah kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat. Jarak dari sekolah ke Bandaraya Kuala Lumpur adalah 12 km dan dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) adalah 35 km.

   Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menampung seramai 967 orang murid dengan tenaga pangajar seramai 34 orang guru dan seorangGuru Besar.

   Kini pada tahun 2011 sekolah ini menampung jumlah murid seramai 1991 orang dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 91 orang guru dan 7 orang staf sokongan. Antara kemudahan yang telah diwujudkan oleh kerajaan ialah Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup, 2 buah Makmal Komputer , Pra Sekolah dan Pusat Kegiatan guru (PKG)..

   Kemudahan-kemudahan lain yang ada ialah Surau As-Sakinah, Kantin, Klinik Gigi, Dewan, Stor Sukan, Padang, Perpustakaan, Bilik SPBT, bilik j-QAF, Tandas, Bilik SALC, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Kedai Buku, Pejabat.

   Suasana sekolah yang terdapat sudut-sudut karya, laluan-laluan ilmu, kolam ikan, taman bumi hijau, taman floranika, taman Herbanika, taman kaktus, taman sinaran baru, taman keladi, taman orkid dan pelbagai lagi mewujudkan suasana p&p yang baik.

   Dari Tahun 1994 hingga 2010 pelbagai anugerah yang telah diperolehi, antaranya ialah Johan Pusat Sumber Terbaik Ampang, Johan Pusat Sumber Terbaik Daerah Hulu Langat, Johan Pusat Sumber Terbaik Negeri Selangor dan pelbagai anugerah lain dalam semua aspek Kurikulum dan Ko-Kurikulum.