JOM TENGOK!!!!!

Salam Ukhuwah untuk semua yang melawat blog ini...Moga paparan yang ada dapat memberikan input serta perkongsian ide dan ilmu dalam melayari hari-hari mendatang. Dipaparkan juga pelbagai aktiviti juga acara SKTK. Adanya blog ini dapat merapatkan ukhuwwah antara kita..............

1 Hari di Hari Guru

HEM SKTK

       Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Hulu Langat. Teringatku pada guru-guruku antaranya  ialah Pn. Siti Zahora, Pn, Zuraida, En. Chayed, En. Riduan, Pn. Mariatun, Pn. Siti Nyarus, Pn. Hairun  . 


      Kini setelah ku dewasa mereka masih ku kenali dan masih lagi muncurah bakti untuk anak-anak bangsa. Tak lupa juga yang telah kembali ke rahmatullah iaitu Cikgu Shaharuddin dan Cikgu Karimin. Moga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman..Al-Fatihah......
        Terima kasih guruku yang telah mendidik ku hingga berjaya..Ku kenang kalian dalam doamu.Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Kini ku telah menjadi seorang guru... Pelbagai suka dan duka ditempuhi sebagai guru..Ku jadikan semua itu sebagai memoir sebuah kehidupan...
        Tanggal 16 Mei setiap tahun disambut...SAMBUTAN HARI GURU...Pada semua guruku dan semua guru-guru dimana jua berada 'Selamat Hari Guru'...




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979





SAMBUTAN HARI GURU SKTK

Tarikh : 19 Mei 2011
Masa : 7.30 pg - 12.30 tgh
Aktiviti :
sebelum
  • futsal
  • bola beracun









Aktiviti Hari Guru

  • Bacaan Doa
  • Ucapan wakil PIBG, wakil BKGK, GB SKTK
  • Persembahan guru dan murid
  • makan epal
  • roket sape paling jauh terbang
  • JAMUAN


SUASANA 1 HARI DI HARI GURU








Kebersihan bersama Woods...Kebersihan itu sebahagian drpd Iman..





 SEKOLAHKU BEBAS DENGGI

Tempat: SKTK
Masa : 5.00 petang
Aktiviti :
  1. Memasang tiang bendera denggi
  2. bendera denggi berkibar megah
  3. sesi bergambar :)


K
T
K
S